Helo wahai sekalian,
Lepas ku baca blog kat Michelle tu saya rasa saya perlu buat pengumuman yang penting iaitu saya telah lulus ujian memandu saya. Woo hoo! Maaf la Dewan Bahasa sebab takde versi BM untuk woohoo. Kalau ada cepat beritahu kat saya ya.
Sebenarnya saya telah lulus hampir seminggu tapi saya rasa tiada apa spesial pun. Eh mmg ada perkataan spesial tapi ku tak tau eja la. Mungkin sebab itu cacat punya sekolah pandu tangguhkan ujian saya hingga semua lembu pun dah balik rumah. Jadi ku pun tak rasa apa-apa pun walaupun telah pass itu test. Bodohnya sekolah pandu saya. Ada lagi ke adjektif yang lebih ekstrim? Sebab bodoh itu bunyinya biasa je. Tapi saya syukur kerana boleh dapatkan lesen saya setelah sekian lama.
Lebih baik lambat daripada tidak bergerak langsung - Kelirukan Kami (Confusius a.k.a Confuse Us)
Eh cukup la dengan quote kamu tu. Lu ingat seronok ke ha?
Kalau saya hantarkan ini kepada Kementerian Pendidikan, mungkin A1 BM saya akan di-review. Oh tak peduli la.
Oh saya harap blog post ni tak timbulkan kontroversi sebab BM ini yang teruk. KKDL (Ketawa Keluar Dengan Lantang - Laugh Out Loud a.k.a LOL) Sebab tu la saya kurang suka BM. Panjaaaaaaaaang sangat.
Ok saya janji akan post Bahasa Cina lain kali ya! Harap-harap la Kementerian Pendidikan tidak me-review A1 untuk BC saya.
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment